Pernah dulu MMR fikirkan Tanpa cinta tak mengapa.tapi Bila kau pergi kurasakan Sunyinya dihatiku ini.Baru MMR tahu nilai cintamu
Kuingati gambar gambarmu dalam ingatan ku.kuingati kembali saat saat kita bersama.Namun pedihnya hati MMR ini.terasa sangat. kau sudah tiada di alam yang nyata ini
Kini aku mengerti hanya engkau pelita hati.Semua yang kau korbankan hanyalah untukku.Akanku kenang kasihmu terhadap diriku janji untuk bersama sehidup dan semati
Andainya kau kembalikan ku curahkan rasa hati.akan aku buktikan cintaku yang suci berikan ku harapan untuk bersamamu semula akan aku buktikan nilai cintaku...
Seandainya tidur malamku diulit mimpi bersama denganmu,dan andainya dalam jagaku bukannya mimpi namun realiti.kan ku ubah puisi indah seribu makna demi kasihku padamu.Aku rindu kepadamu siang malam kubagai tak menentu.oh Tuhanku kabulkanlah doaku yang berisi ayat ayat sucimu dengan makna semoga dia sentiasa baik disana.
Seandainya ada mesin masa akanku sentiasa putar kembali masa dimana kita bersama selalu.tetapi aku bukan tuhan aku bukan manusia bijak.tugasku terhadapmu hanya mendoakan kamu baik baik sahaja di alam sana.setiap hari ku bernafas ku hanya teringatkan mu.setiap hari ku solat ku selalu mendoakan kamu di sana tiada halangan terus ke Syurga Firdaus.
air mata ku mengalir tiba tiba bila ku termenung memikirkanmu kembali.ku hanya membiarkan sahaja.ku ingin lepaskan tanpa lap air mataku yang berada dalam mataku.Sampai bila akanku begini menyimpan rahsia hati.walau cintaku padamu masih di hati dan air mata menemani.langkah ku yang semakin tak pasti membawa kelukaan ini.hanya tawaku,kegilaanku kebodohanku,dapat lindungi luka aku dalam hati ini.ku hanya termenung.bila kah aku dapat menziarahi `Tempat Tinggalmu' wahai Sara Dayana Binti Abdullah :(

Tiada ulasan:
Catat Ulasan